Bengkel Penyelarasan Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan bagi Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) Edisi 6 2024

YBhg. Dato’ Dr Pekan Ramli, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, KPT telah berkesempatan memberi ucaptama pada penutupan Bengkel Penyelarasan Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan bagi Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) Edisi 6 2024 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis bermula pada 4 hingga 6 Mac 2024.
 
Bengkel ini dihadiri oleh semua penyelaras teknikal yang mewakili 28 acara sukan yang akan dipertandingkan di SUKIPT ke 6 nanti.
//