// PENGENALAN
 

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Majlis-Majlis Sukan IPT (MASUM, MSP, MASKOM dan MASISWA) mengambil inisiatif menganjurkan SUKIPT (Sukan Institusi Pengajian Tinggi) bermula pada tahun 2012.

Penganjuran Kejohanan ini diadakan secara dwitahunan dan diselang-selikan dengan penganjuran Karnival Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA).

Bagi penganjuran edisi ketiga, kontinjen jemputan untuk kejohanan ini ditambah dengan jemputan antarabangsa melibatkan negara-negara dalam Asia Tenggara selain turut mempertandingkan beberapa acara sukan untuk atlet kelainan upaya (OKU).

Penganjuran SUKIPT merupakan satu usaha Kementerian untuk membangunkan dan memajukan lagi sukan di peringkat IPT, kebangsaan dan antarabangsa secara bersepadu. Penyertaan untuk sukan ini adalah terbuka kepada semua atlet IPT di Malaysia.