LAWATAN TAPAK TIMBALAN PENGERUSI JAWATANKUASA PENGELOLA SUKIPT 2026
Satu lawatan tapak persediaan SUKIPT 2026 telah diadakan yang diketuai oleh Puan Fazidah binti Mustafa, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik KPT, yang juga merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola SUKIPT 2026.
Lawatan kerja ini memberikan fokus utama kepada penilaian tahap kesediaan kemudahan sukan, penyelarasan logistik, serta penginapan yang akan menempatkan kontinjen-kontinjen dari seluruh negara.
Selain itu, penyelarasan operasi di setiap venue turut diteliti secara mendalam bagi memastikan kelancaran penganjuran kejohanan. Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen KPT dalam memastikan SUKIPT edisi kali ini berjalan dengan penuh gilang-gemilang dan teratur.
Galeri Lawatan Tapak
(Klik gambar untuk paparan penuh di tab baru)
