12 - 14 FEBRUARI 2026

Bengkel Jawatankuasa Pengelola Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026

📍 Hotel Lexis, Port Dickson

Satu Bengkel Jawatankuasa Pengelola Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Hotel Lexis, Port Dickson. Bengkel ini bertujuan untuk memperkukuh perancangan serta menyelaraskan kesiapsiagaan penganjuran kejohanan SUKIPT yang akan datang.

Amanat serta taklimat utama bengkel telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Hanafiah Ayub, Timbalan Setiausaha (Seksyen Sukan), Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi. Beliau menekankan kepentingan kerjasama erat antara semua jawatankuasa bagi memastikan penganjuran yang cemerlang.

Bengkel ini menjadi medium penting bagi semua pihak yang terlibat untuk membincangkan strategi, gerak kerja, dan meneliti setiap aspek teknikal bagi memastikan SUKIPT 2026 memberikan impak yang tinggi kepada arena sukan IPT negara.

Galeri Gambar Bengkel

(Klik gambar untuk paparan penuh di tab baru)

Laporan: Urus Setia SUKIPT 2026
6 OGOS 2025

Mesyuarat Koordinasi & Lawatan Venue Sekretariat Induk SUKIPT 2026 Bersama Universiti Malaya (UM)

Mesyuarat Koordinasi dan Lawatan Tapak di Arena UM, dipengerusikan oleh Prof. Ir. Dr. Ramesh Singh Kuldip Singh (TNC Pembangunan), telah diadakan sebagai persediaan awal SUKIPT 2026.

Delegasi KPT diketuai oleh YBrs. Dr. Hanafiah Ayub (Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan). Turut hadir, En. Afizal Abu Othman (Pengarah Pusat Sukan UM) bagi membincangkan kesiapsiagaan logistik dan fasiliti.

Galeri Gambar

(Klik gambar untuk paparan penuh di tab baru)

Laporan: Urus Setia SUKIPT 2026

Ikuti kami di Media Sosial