Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) Bil. 1/ 2024

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) Bil. 1/ 2024 yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi pada 4 Mac 2024 di KPT.
 
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Induk yang terdiri daripada 4 Majlis Sukan IPT dan pelbagai agensi luar yang terlibat dengan penganjuran SUKIPT seperti Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (MSN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain.
//